ppdtext

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Johor dengan penuh tekad dan iltizam serta berpegang kepada slogan "Synergy In Action” berikrar untuk memastikan;
  1. Proses penempatan murid warganegara Tahun 1, Peralihan, dan Tingkatan 1 di Sekolah Harian dan Kelas Aliran Agama (KAA) diuruskan dalam tempoh 40 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran awal persekolahan.
  2. Proses pertukaran murid warganegara bagi semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan diselesaikan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap tanpa keraguan
  3. Proses pendaftaran calon untuk peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia diurus dalam tempoh 30 hari mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  4. Proses penempatan guru baharu dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima dari BPSH.
  5. Proses pertukaran guru (eg-Tukar Guru) diuruskan 2 kali setahun untuk sekolah menengah dan 3 kali setahun untuk sekolah rendah dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
  6. Proses permohonan pertukaran bukan guru (eg-Tukar Bukan Guru) diuruskan 4 kali setahun dalam tempoh 30 hari dari tarikh tutup permohonan.
  7. Memastikan hal ehwal pengurusan perkhidmatan dari segi pelantikan, pengesahan, pencen dan lain-lain diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan berserta dokumen yang lengkap diterima.
  8. Proses penyediaan dan penghantaran dokumen pesaraan wajib ke Jabatan Perkhidmatan Awam, diuruskan setahun sebelum tarikh persaraan pegawai dan anggota kumpulan pelaksana.
  9. Semua tuntutan bayaran yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima.
  10. Memastikan setiap pelanggan diberikan perkhidmatan yang cemerlang dan menerima layanan yang mesra dan berhemah dalam tempoh 30 minit.
  11. Sebarang aduan dan maklum balas pelanggan dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan dan maklum balas pelanggan diterima.
  12. Rundingcara akan diberikan kepada pelanggan (Warga Pendidikan Kluang) yang memerlukan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam tempoh 7 hari.
  13. Maklumat di laman sesawang Pejabat Pendidikan (http://ppdkluang.edu.my) dikemaskini dalam tempoh 24 jam selepas maklumat diterima.
  14. Melaksanakan semua dasar yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.
Kami sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan ini.
JIKA TERDAPAT SEBARANG MASALAH, SILA HUBUNGI:
Pegawai Pendidikan Daerah Kluang: Telefon : 07-7722946 ; Faksimili: 07-7722540
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kluang: Telefon : 07-7733436 ; Faksimili:07-7225940