Pejabat Pendidikan Daerah Kluang 2755 Jalan Sentosa 86000 Kluang Johor

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Pendidikan ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik perihal atau perbuatan mendidik
Berkualiti baik kualitinya; tinggi nilainya
Insan manusia. Insan di sini terdiri daripada murid.
Terdidik mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yang sempurna; terlatih
Sejahtera bebas daripada segala macam kesusahan dll; aman, sentosa dan makmur; selamat


MISI

Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Melestarikan lestari; tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan, menetapkan.
Mengekalkan. melestarikan; membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala.
Sistem bersinonim dengan aturan; peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan,tertib, ketetapan, ketentuan.
Pendidikan ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik perihal atau perbuatan mendidik
Berkualiti baik kualitinya; tinggi nilainya
Potensi Kemampuan murid untuk mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu; keupayaan Individu Murid