Peti Surat Orang Awam

MENU UTAMA

Folders

Infomarsi Utama/Surat Siaran

NOTIS PEMBERITAHUAN KERJA-KERJA UNDI PPKHAS/2018/PPD KLUANG

Disediakan oleh: NOR MARIA AIDA BINTI NORAHIM Sun 25 Feb 2018 02:49 PM

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan cabutan undi bagi kerja-kerja berikut :-

1. Kerja-kerja pembaikan bumbung, saluran air hujan dan salur tegak air hujan

2. Kerja-kerja pembaikan / penyenggaraan tandas dan sistem perpaipan dalam bangunan

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

1. Kontraktor bertaraf BUMIPUTERA sahaja layak menyertai kerja-kerja undi

2. Setiap kontraktor hanya dibenarkan mendaftar penyertaan di bawah satu (1) kerja undi sahaja.

3. Hanya penama di dalam sijil-sijil seperti yang disenaraikan sahaj boleh memohon atau berdaftar dan menghadiri proses undian. Wakil tidak dibenarkan untuk membuat cabutan pada hari mengundi.

4. Sila kemukakan satu (1) salinan sijil bagi semua sijil berkaitan (sila lihat lampiran)

5. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai kerja-kerja undi ini hendaklah hadir sendiri pada tarikh pendaftaran dengan membawa Kad Pengenalan serta Cop Syarikat

 

KERJA-KERJA UNDI AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT

TARIKH UNDI  : 6 MAC 2018

MASA PENDAFTARAN : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : DEWAN SEMARAK PPD KLUANG

MASA CABUTAN : 2.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN SEMARAK PPD KLUANG


SEBARANG PENDAFTARAN LEWAT TIDAK AKAN DILAYAN