VISI

Bersama Mencipta Kesejahteraan Modal Insan

MISI

Mempertingkatkan Kesejahteraan Modal
Insan Melalui Pendekatan Psikologi dan Kaunseling

SLOGAN

Emosi Sejahtera, Warga Harmoni, Insan Seimbang

MATLAMAT UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

Unit Psikologi & Kaunseling, Pejabat
Pendidikan Daerah Kluang berhasrat untuk
melahirkan penjawat awam yang berketrampilan,
komited serta berinovasi dalam melaksanakan
tugas dengan memperkukuh nilai-nilai dan konsep
kendiri berlandaskan Etika Penjawat Awam.

OBJEKTIF UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

1. Mengurangkan kes-kes warga pendidikan
yang bermasalah dalam perkhidmatan.
2. Meningkatkan prestasi kerja warga pendidik
yang berprestasi rendah.
3. Mempertingkatkan kompetensi Kaunselor
Organisasi menerusi latihan profesionalisme.
4. Mengurus kebajikan warga pendidikan yang
mengalami permasalahan dalam perkhidmatan.

PIAGAM PELANGGAN UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

  • Mengurus dan memberi perkhidmatan kaunseling secara sistematik dan beretika selaras dengan Akta Kaunselor (580) dan Piawai Amalan Kaunseling JPA.
  • Memproses permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam tempoh tiga hari bekerja selepas permohonan diterima.
  • Menyediakan laporan ujian psikologi kaunseling dalam tempoh tiga hari bekerja.
  • Bersedia memberi khidmat konsultasi dan rujukan yang releven.
  • Bersedia memberi perkhidmatan yang disediakan selaras dengan Peraturan Perkhidmatan Awam.

ETIKA KAUNSELOR

ETIKA KAUNSELOR MENERIMA KLIEN TANPA SYARAT MENGAMALKAN KEJUJURAN DAN KETULENAN MENJAGA KERAHSIAAN DAN KEBAJIKAN KLIEN


Perkhidmatan dan perbincangan .

Lagi..

Perkhidmatan